3 JULAI 2025 (KHAMIS)

Majlis dimulakan dengan sesi Angkat Sumpah menerima lantikan dan menandatangani perakuan menerima jawatan Ahli Majlis iaitu SUPT Mohamad Hamizi Bin Abdullah . Setelah selesai sesi angkat sumpah menerima jawatan tersebut, majlis diteruskan dengan sesi mesyuarat Majlis Penuh.

Agenda Mesyuarat Majlis Penuh ini dimulakan dengan aluan Puan Yang Dipertua Pengerusi dan disusuli dengan Agenda Mengesah dan Meluluskan Minit Mesyuarat Majlis Penuh Bilangan 5 Tahun 2025 bertarikh 29 Mei 2025 lalu serta laporan maklum balas perkara – perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat tersebut.

Agenda Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan menerima ketetapan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MDY, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDY dan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kecil MDY.

Agenda Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan pembentangan kertas-kertas makluman dan kertas kerja serta pelaporan untuk pertimbangan Majlis oleh jabatan / unit MDY. Agenda Mesyuarat kemudiannya disusuli dengan hal – hal lain dan diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Puan YDP Pengerusi.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ahli-ahli Majlis MDY (politik dan ex-officio), Ketua-Ketua Jabatan / Unit MDY dan urus setia mesyuarat yang terlibat.

Puan YDP Pengerusi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir di atas komitmen tinggi dan kerjasama padu yang diberikan sepanjang mesyuarat berlangsung.

Skip to content