𝐌𝐏𝐊𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐘𝐁. 𝐌𝐄𝐉𝐀𝐑 (𝐁) 𝐌𝐀𝐍𝐒𝐎𝐑 𝐁𝐈𝐍 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐑𝐈𝐀

Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) berbesar hati menerima kunjungan YB. Mejar (B) Mansor Bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah bagi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Perancang Negeri (JPN) Kedah Bil. 3/2025 yang telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MPKK.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa JPN Kedah dan wakil-wakil jabatan bagi memperkukuh sinergi antara PBT dan Kerajaan Negeri dalam perancangan pembangunan strategik yang efisien dan berimpak tinggi.

MPKK terus komited sebagai rakan pelaksana dasar negeri ke arah pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#KedahSejahteraNikmatUntukSemua

#TheGreaterKedah

Skip to content