𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌

24 Jun 2025- Operasi Bersepadu Premis Warga Asing telah dijalankan kerjasama antara Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah (JIM Kedah).Lokasi operasi meliputi kawasan sekitar Lunas dan Padang Meiha. Hasil operasi tersebut, pihak MPKK telah mengeluarkan sebanyak 5 kompaun atas kesalahan di bawah undang-undang berikut:-

* 𝐔𝐔𝐊 𝟑(𝟏) 𝐏𝐫𝐞𝐦𝐢𝐬, 𝐓𝐫𝐞𝐝, 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢𝐚𝐧 (𝐌𝐏𝐊𝐊)

* 𝐒𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝟏𝟎𝟕(𝟓), 𝐀𝐤𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝟏𝟗𝟕𝟔

* 𝐒𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝟓𝟓(𝟑), 𝐀𝐤𝐭𝐚 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝟏𝟗𝟕𝟒

Pihak Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah (JIM Kedah) juga telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasa JIM.

Operasi ini bertujuan memastikan penguatkuasaan undang-undang secara berterusan terhadap premis yang menggaji atau menempatkan warga asing tanpa dokumen yang sah, serta bagi mengekang aktiviti perniagaan yang tidak berlesen di daerah Kulim.

Laporkan segera ADUAN PATI kepada Jabatan Imigresen Negeri Kedah melalui saluran berikut:-

Telefon : 04-7333302

Emel : aduanpati.kdh@imi.gov.my

SISPAA : https://imi.spab.gov.my

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#opswargaasing

#KedahSejahteraNikmatUntukSemua

#thegreaterkedah

Skip to content