JELAJAH KEHAKIMAN KEDAH DAN PERLIS TAHUN 2025
4 Julai 2025, Jumaat – Sorotan foto Majlis Perasmian Program Jelajah Kehakiman Kedah Dan Perlis Tahun 2025 yang diadakan bertempat di Kompleks Star Parade, Alor Setar. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Azhaniz Teh bin Azman Teh (Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan) berserta kunjungan daripada Puan Aida Adhha binti Abu Bakar (Pengurus YBGK) bersama dif-dif kehormat.
Program Jelajah Kehakiman Kedah Dan Perlis Tahun 2025 diadakan pada 4 dan 5 Julai 2025 yang bertempat di Kompleks Star Parade, Jalan Telok Wanjah, 05200 Alor Setar, Kedah Darul Aman bermula pada jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) turut bersama-sama dalam program ini dengan menawarkan pengurangan kompaun sebanyak 60% untuk semua jenis kompaun parkir tidak termasuk kompaun parkir yang dikeluarkan pada hari pertama dan kadar minimum RM10.00.
Selain itu, terdapat pelbagai program antaranya kaunter perkhidmatan dari Badan Kehakiman Malaysia seperti Kaunter e-Kehakiman, Kaunter Pesuruhjaya Sumpah, Kaunter e-Court Finance, Kaunter e-Lelong, Kaunter Mediasi dan MYC2C (Dari Bilik Bicara ke Bilik Darjah).
Terdapat juga pelbagai program dari agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Insolvensi Malaysia, Majlis Peguam Malaysia, Jawatankuasa Peguam Kedah & Perlis, Majlis Bandaraya Alor Setar, PTPTN Cawangan Kedah, Amanah Raya Cawangan Alor Setar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kedah, Majlis Amanah Rakyat Kedah (MARA), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dan Perkeso Negeri Kedah.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'








