Program Menara Run International Alor Setar - 28 Jun 2025

28 Jun 2025, Rabu – Satu program berimpak tinggi telah berjaya dianjurkan di Menara Alor Setar yang menghimpunkan pelbagai pengunjung tempatan dan luar. Program ini turut diserikan dengan penyertaan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui pembukaan Reruai Pameran Mai Singgah Alor Setar yang mengetengahkan pelbagai maklumat dan promosi destinasi pelancongan utama di bandar raya ini.
 
Reruai pameran tersebut menjadi tumpuan para pengunjung dengan pelbagai bahan promosi menarik seperti risalah pelancongan, peta destinasi, cenderahati eksklusif, dan penerangan oleh petugas MBAS mengenai produk pelancongan seperti Jejak Warisan Alor Setar, tarikan sejarah, serta program ‘Mai Singgah Alor Setar Lagi’ dan ‘Tahun Melawat Kedah 2025’.
 
Usaha ini selaras dengan inisiatif MBAS dalam mempromosikan Alor Setar sebagai sebuah destinasi pelancongan budaya dan warisan yang unik di utara Semenanjung Malaysia.
 
 
 
Skip to content