SANTAI ANAK UTARA (SAU) KE-13 2025

5 Julai 2025, Sabtu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya, telah hadir mengiringi EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin, bagi menyempurnakan majlis perasmian penutup Program Santai Anak Utara (SAU) ke-13 yang berlangsung di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar.
 
Program yang berjaya menarik penyertaan lebih daripada 35,000 pengunjung ini dilihat sebagai satu usaha yang signifikan dalam memajukan sektor pelancongan negeri Kedah. Program SAU-13 turut memberi platform untuk mempereratkan hubungan dalam kalangan masyarakat, di samping memperkenalkan lebih banyak tarikan dan budaya negeri Kedah.
 
Inisiatif ini sejajar dengan objektif Mai Singgah Alor Setar Lagi dan Tahun Melawat Kedah 2025, yang bertujuan untuk mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama, seterusnya meningkatkan kemajuan ekonomi dan pembangunan sektor pelancongan di Kedah.
 
Skip to content