πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ„π‘π€πˆπŠπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐀𝐍 ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ”π‹πˆπŒ 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π“π”πŠπ€π‘π€π ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ”π‹πˆπŒ

02 Julai 2025 | Kulim Inn – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan majlis penghargaan kepada Tuan Pegawai Daerah Kulim, Tuan Haji Mohd Zaini bin Haji Ramli yang akan bersara wajib pada 05 Julai 2025 ini setelah 30 tahun berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah, serta pertukaran YBrs. Dr. Mohd Zukri bin Ibrahim, Pegawai Kesihatan Daerah Kulim yang kini bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar.

YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK mewakili seluruh warga MPKK dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti mereka kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat Kulim.

Terima kasih atas segala usaha, dedikasi dan komitmen dalam memacu kesejahteraan rakyat. Semoga terus melakar kejayaan dalam fasa baharu kehidupan. Semoga terus berjaya dalam fasa baharu kehidupan!

Turut hadir dalam majlis penghargaan ini, Ahli-ahli Majlis, Setiausaha MPKK, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi serta ketua-ketua jabatan MPKK.

Klik untuk gambar sekitar program

#MPKK

#KulimSejahtera

#Penghargaan

#Persaraan

#PertukaranPegawai

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content