πππππππππππ πππππππ πππππππ ππππ ππππππππ ππππππ πππππππππππ πππππ β ππππππππ ππππππππ ππππππ πππππ πππ ππππ







3 Julai 2025 – Satu perhimpunan anggota bersama Dato’ Yang Dipertua telah diadakan di Lobi Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), menghimpunkan seluruh anggota bersama YBhg. Datoβ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK.
Perhimpunan ini diadakan khusus sebagai sokongan dan dorongan kepada kontinjen sukan MPKK yang bakal bertanding dalam Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2025 yang akan berlangsung di Majlis Daerah Baling sebagai tuan rumah, minggu hadapan.
Dalam ucapan Dato’ Yang Dipertua menekankan bahawa kejohanan ini bukan sekadar pentas pertandingan, tetapi merupakan wadah memperkukuh semangat kesukanan, memupuk disiplin, dan mempererat silaturahim sesama pasukan.
Dato’ Yang Dipertua menyeru semua atlet MPKK agar bertanding dengan penuh dedikasi dan semangat juang yang tinggi, sambil menzahirkan harapan agar segala usaha dan latihan yang telah dilalui sebelum ini membuahkan hasil kejayaan yang membanggakan. Dato’ Yang Dipertua turut menasihati agar setiap peserta menjaga keselamatan diri sepanjang kejohanan berlangsung serta tidak bertindak agresif dalam permainan.
Majlis turut diserikan dengan sesi penyerahan pakaian rasmi kontinjen kepada para pengurus pasukan MPKK, menandakan kesiapsiagaan kontinjen untuk menggalas cabaran dalam sembilan acara sukan yang dipertandingkan iaitu petanque, bola sepak, badminton, sepak takraw, tenpin boling, bola jaring, dart, carom dan e-sukan.
Turut hadir memberikan sokongan ialah ahli-ahli majlis; Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK; ketua-ketua jabatan serta kehadiran warga kerja MPKK pada pagi ini.
MPKK mengucapkan selamat bertanding kepada semua kontinjen dan mendoakan agar kejayaan berpihak kepada kita semua. Bertandinglah dengan semangat juang yang tinggi, semangat berpasukan yang erat, dan keazaman yang jitu demi membawa nama MPKK ke mercu kejayaan!