








MPKK DINOBAT JOHAN SUKAN BOLING!
Kemenangan gemilang ini telah dicapai pada 6 Julai 2025 dalam pertandingan yang berlangsung meriah di Aman Central Alor Star sempena Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempat Negeri Kedah Darul Aman 2025.
Majlis Daerah Baling selaku tuan rumah bagi penganjuran kejohanan sukan pada tahun ini yang berlangsung pada 6 hingga 9 Julai 2025.
Kejayaan pasukan boling adalah hasil dedikasi, semangat juang, dan kerjasama mantap seluruh pasukan. Anda semua telah mengharumkan nama MPKK dan menjadi kebanggaan warga komuniti.
Ucapan syabas dan terus maju jaya daripada YBhg. Dato’ Yang Dipertua, Puan Setiausaha, Ahli Majlis dan seluruh warga kerja MPKK!
MPKK BOLEH!