KEJOHANAN SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN 2025
Baling-Majlis Perbandaran Sungai Petani(MPSPK) telah menyertai Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) yang telah berlangsung di Baling, Kedah. Majlis Daerah Baling selaku tuan rumah bagi penganjuran kejohanan sukan pada tahun ini yang berlangsung pada 6 hingga 9 Julai 2025.
Majlis Perbandaran Sungai Petani(MPSPK) telah melibatkan diri dalam acara sukan yang dipertandingkan iaitu Boling, Bola Sepak, Sepaktakraw, Pentanque, Badminton, Karom, Dart dan E-sport.
Melalui penganjuran Sukan PBT, kita berjaya mengukuhkan jaringan silaturahim serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam PBT.
Majlis Perbandaran Sungai Petani(MPSPK) memperolehi Tempat Ketiga dalam sukan Bola Sepak , manakala Sukan Dart dan E-sport memperolehi tempat Keempat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak MPSPK.
Teruskan kecemerlangan dan jadikan ini sebagai pembakar semangat untuk kejayaan seterusnya!
Klik untuk gambar sekitar program















