PROGRAM WALKABOUT PIT STOP EXPRESS CLEARING

Pantai Merdeka, 6 Julai 2025 (Ahad) – Program Walkabout Pit Stop Express Clearing telah diadakan sempena Majlis Perasmian Kedah Bersih Peringkat Daerah Kuala Muda yang berlangsung dari 4 hingga 7 Julai 2025. Program dimulai seawal jam 8.00 pagi dan penyertaan para peserta adalah terdiri daripada penglibatan pelbagai agensi seperti Askar Wataniah, Syarikat Environment Idaman serta Jabatan-Jabatan dalaman MPSPK yang menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan di sekitar Pantai Merdeka sebagai langkah untuk memastikan kebersihan kawasan pantai dijaga dan dipelihara serta memastikan sampah sarap tidak terbiar yang boleh membawa kepada wabak denggi.

Program ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah dalam usaha meningkatkan kesedaran serta tanggungjawab bersama terhadap kebersihan dan kesihatan awam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah YB. Mejar (B) Mansor Bin Zakaria.

Turut hadir memeriahkan program ialah Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, serta kakitangan MPSPK. Kehadiran semua pihak mencerminkan semangat kerjasama dan komitmen dalam merealisasikan aspirasi Kedah Bersih demi kesejahteraan komuniti setempat.

Yang Dipertua MPSPK turut berkesempatan melawat Kiosk MADANI yang sedia ada beroperasi di Pantai Merdeka disamping beramah mesra bersama para peniaga, mendengar isu-isu yang dibangkitkan serta meneliti keperluan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh MPSPK.

Klik untuk gambar sekitar program
Klik untuk video sekitar program

Skip to content