KEJOHANAN SUKAN PBT KEDAH | ERATKAN HUBUNGAN SESAMA WARGA PBT

9 Julai 2025, Rabu – Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah bagi edisi Tahun 2025 telah menutup tirainya di Majlis Perasmian Penutup yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Majlis Daerah Baling, Kedah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.
 
Kejohanan yang berlangsung selama empat hari sejak 6 Julai itu menyaksikan 12 PBT dari seluruh negeri Kedah telah bertanding dalam sembilan jenis acara sukan iaitu acara Bola Sepak, Badminton, Sepak Takraw, Tenpin Boling, Bola Jaring, Dart, Karom, E-Sport dan Petanque.
 
Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dinobatkan sebagai johan keseluruhan Kejohanan Sukan PBT Kedah 2025 dengan memperoleh tiga (3) Emas, tiga (3) Perak dan satu (1) Gangsa diikuti Majlis Bandaraya Alor Setar di tempat kedua dengan tiga (3) Emas, satu (1) Perak dan satu (1) Gangsa serta tempat ketiga oleh Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) dengan dua (2) Emas dan satu (1) Perak.
 
Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah bukan hanya untuk memperlihatkan bakat dalam pelbagai acara sukan, tetapi juga sebagai platform untuk mengeratkan hubungan sesama Pihak Berkuasa Tempatan di Kedah. Kejohanan ini membuktikan semangat kerjasama yang tinggi antara pelbagai pihak berkuasa tempatan dalam memastikan kejayaan sukan ini serta membina hubungan yang lebih kukuh dalam usaha memperkasa pembangunan negeri Kedah.
 
Dalam pada itu, Majlis Daerah Pendang (MDP) telah diisytiharkan sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Sukan PBT bagi edisi Tahun 2027 yang akan datang.
 
Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiauasaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Saifulrijal Azhari; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesihatan Negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Wira Syed Khairul Anuar Syed Abidin; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Mohd Fauzi Mustafa; Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahaya dan Tuan Setiausaha MBAS, Nasrankamil Noh.
 
Skip to content