KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR ALOR SETAR KE ATAS KETUA PENGARAH JABATAN LANDSKAP NEGARA
7 Julai 2025, Putrajaya – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, YBrs. Tuan Haji Mansor bin Mohamad.
Kunjungan hormat ini bertujuan bagi memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik dalam aspek pembangunan Landskap Bandar dan Inisiatif Penghijauan Bandar, selaras dengan aspirasi dasar Lanskap Negara.
Hadir sama Ketua Bahagian Landskap dan Rekreasi MBAS, En. Mohd Faizal Abu Bakar, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS, Tuan Haji Md Nayan Bahari dan Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, En. Khairudin Idris.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'