KAYUHAN ISUZU 15TH CYCLE FOR HEALTH "MAI SINGGAH ALOR SETAR" BAKAL MERANCAKKAN TAHUN MELAWAT KEDAH 2025
10 Julai 2025, Khamis – Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Noh telah hadir mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin menyambut ketibaan kunjungan hormat delegasi Kerajaan Negeri Terengganu sempena Program Jelajah Silang Budaya Beautiful Terengganu 2025 yang berlangsung penuh meriah di Menara Alor Setar, mercu tanda ikonik Negeri Kedah, petang tadi.
Delegasi Kerajaan Negeri Terengganu diketuai oleh YB Datuk Razali Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Turut hadir bersama ialah YAM Tengku Sri Temenggong Raja Terengganu, Brigedier Jeneral Dato’ Sri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah serta YB Dato’ Haji Saiful Bahari Bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu, bersama dif-dif kenamaan lain.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'