🌟RERUAI PELANCONGAN DI BALING BOULEVARD!🌟

Sempena Tahun Melawat Kedah 2025, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kedah telah dijemput untuk membuka reruai produk pelancongan tempatan masing-masing di Baling Boulevard bermula 7 hingga 9 Julai 2025.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) juga turut serta memeriahkan pembukaan reruai ini dengan mengetengahkan kempen “Mai Singgah Alor Setar Lagii” dan tema utama Negeri “Experience Kedah”. Pelbagai bahan promosi, cenderamata, dan info pelancongan menarik boleh didapati di reruai MBAS! 🏙✨
 
Suasana cukup meriah dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus serta jualan Lorong Pekan yang menambahkan lagi kemeriahan suasana! 🛍🎉
 
Skip to content