SUKAN PBT KEDAH 2025 | ACARA BOLING

6 Julai 2025, Ahad – Sorotan foto Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah 2025 bagi acara boling yang telah berlangsung di Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar. Acara tersebut telah dirasmikan oleh EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, YB Mejar (B) Mansor Zakaria.
 
Pasukan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi kategori lelaki dan wanita telah memperoleh tempat ke-4 dan kategori VIP tempat ke-9. Johan keseluruhan bagi acara boling ini telah dimenangi oleh Majlis Perbandaran Kulim.
 
 
Skip to content