SUKAN PBT NEGERI KEDAH 2025 | MBAS RANGKUL JUARA BAGI ACARA BOLA SEPAK

9 Julai 2025, Baling – Gambar sorotan penuh aksi-aksi menarik acara bola sepak perlawanan separuh akhir antara Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) serta perlawanan akhir antara pasukan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) di Sukan PBT Negeri Kedah pada edisi yang ke 2025.
 
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah hadir dan menyaksikan perlawanan akhir yang telah berlangsung bertempat di Mini Stadium Baling, Kedah. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesihatan Negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan); Dato’ Mohd Fauzi Mustaffa; Tuan Setiausaha MBAS, Nasrankamil Noh; Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahaya dan Yang Dipertua MPKK, Dato’ Elmi Yusoff.
 
Pasukan bola sepak MBAS telah dinobatkan sebagai juara acara bola sepak ini setelah memenangi memenangi perlawanan akhir. Tahniah buat pasukan bola sepak MBAS dan seluruh pasukan PBT yang bertanding.
 
 
Skip to content