9 JULAI 2025 FOR MALAYSIAN MEMBERS PERKUKUH KERJASAMA ANTARA BANDAR BAGI KEMAJUAN SEKTOR PELANCONGAN
TPO REGIONAL MEETING 2025 9 JULAI 2025 FOR MALAYSIAN MEMBERS PERKUKUH KERJASAMA ANTARA BANDAR BAGI KEMAJUAN SEKTOR PELANCONGAN
09 Julai 2025 – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Tourism Promotion Organization (TPO), DBKK, telah menjadi tuan rumah bagi TPO Regional Meeting 2025 For Malaysian Members, dalam usaha untuk memperkukuh kerjasama antara bandar-bandar Malaysia dan memajukan sektor pelancongan, di Pacific Sutera Hotel.
Penganjuran mesyuarat ini memainkan peranan sebagai platform perbincangan, perkongsian maklumat dan perancangan bersama dalam usaha untuk mempromosikan destinasi pelancongan tempatan di peringkat serantau dan antarabangsa.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Dalam ucapan alu-aluannya, Dato’ Sri Mayor menzahirkan harapan agar perbincangan, perkongsian dan kolaborasi yang terhasil menerusi mesyuarat ini akan menjadi landasan asas kepada projek di masa akan datang; produk pelancongan inovatif dan kerjasama yang berkekalan.
Dalam pada itu, Dato’ Sri Mayor turut menyeru kepada semua hadirin agar memanfaatkan peluang ini demi visi kolektif agar mewujudkan pelancongan bandar raya yang bersifat lebih inklusif, pintar dan mampan.
Hadir sama dalam mesyuarat ini ialah YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK; Encik Ahmad Suqairy bin Alias, Yang di-Pertua Majlis Daerah Kampar; Encik Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Kota Bharu; Ms. Kang Da Eun, Secretary General, TPO, Busan, Korea; Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Khidmat Pengurusan), DBKK selaku Pengerusi Program TPO Regional Meeting 2025 For Malaysian Members, ahli-ahli TPO, Timbalan-timbalan Ketua Pengarah, DBKK serta Ketua-ketua Jabatan, DBKK.
Tirai majlis dibuka dengan pembentangan bertajuk “Overview Of Sabah Tourism Industry” yang disampaikan oleh Encik Bobby Alex, Marketing Manager, Sabah Tourism Board (STB), sebelum diteruskan dengan Thematic Session bertajuk “Unique Tourist Product Positioning ‘Smart Cities, Smart Culture, Smart Future: Reimagining Urban Tourism Through Innovation, Culture & Sustainability” oleh YBhg. Professor Dr. Awangku Hassanal bin Pengiran Bagul, Director of Eco Campus Management Center, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Turut mengambil bahagian dalam mesyuarat ini adalah wakil-wakil daripada Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah; Majlis Bandaraya Ipoh, Perak; Majlis Daerah Kampar, Perak; Majlis Perbandaran Kota Bharu; Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang dan Majlis Perbandaran Taiping, Perak.
Pada masa yang sama, DBKK turut mengalu-alukan kehadiran wakil daripada Majlis Perbandaran Penampang, Sabah Convention Bureu, Institute Development Studies (IDS), Taman-Taman Sabah dan STB sebagai pemerhati sepanjang mesyuarat berlangsung.
Objektif utama mesyuarat ini ialah untuk membincangkan strategi dan inisiatif terkini dalam mempromosikan destinasi pelancongan Malaysia selain membangunkan rangkaian kerjasama antara bandar-bandar di Malaysia dan bandar lain di Asia Pasifik.
Penganjuran TPO Regional Meeting 2025 For Malaysian Members diharap akan menjadi pemangkin kepada aspirasi bersama dalam membangunkan rangkaian bandar raya yang lebih berdaya huni, inovatif dan kolaboratif.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'