TPO REGIONAL MEETING 2025 FOR MALAYSIAN MEMBERS
Majlis Bandaraya Alor Setar menghadiri Regional Meeting Tourism Promotional Organization (TPO) for Global Cities pada 9hb Julai 2025. Pelbagai aktiviti telah diaturkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Sabah, bagi meraikan ketibaan para delegasi, dengan menganjurkan Welcoming Dinner TPO Regional Meeting 2025 For Malaysia Members Delegates, bertempat di North Borneo Cruise, pada 08 Julai 2025.
Keindahan suasana malam di sepanjang KK City Waterfront telah menambah kepada seri majlis yang turut menjadi bukti kepada komitmen dalam memupuk hubungan yang lebih kukuh selain memperhebat jalinan kerjasama dalam kalangan ahli-ahli TPO.
Majlis telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu mewakili YB Datuk Abidin Madingkir, JP, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Yang Bertanggungjawab Kepada DBKK. Dalam ucapan alu-aluannya, YB Datuk Abidin berkata, tema mesyuarat pada kali ini, “Smart City, Smart Culture, Smart Future” adalah bertepatan kerana ia mengajak masyarakat untuk membayangkan semula pelancongan bandar raya dengan mengambil kira aspek inovasi, pemeliharaan budaya dan kelestarian.
Tambah beliau, sebuah bandar raya pintar tidak hanya tertakluk kepada infrastruktur atau teknologi digital, tetapi ia juga mengambil kira cara kita memperkasa komuniti setempat, melindungi alam sekitar dan memperkasa pengalaman budaya yang ditawarkan oleh bandar raya masing-masing.
Hadir sama dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK; Encik Syukari @ Muhd Syukri bin Jali, mewakili Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah; Puan Mary Malangkig, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah; ACP Zainolnizal bin Ishak, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan Operasi), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah; Ms Kang Da Eun, Secretary General, TPO, Busan, Korea; YBhg. Professor Dr. Awangku Hassanal bin Pengiran Bagul, Director of Eco Campus Management Center, Universiti Malaysia Sabah (UMS); serta YBhg. Datuk Dr. Hajah Sharifah Habsah binti Habib Alawi dan Sr. Orson Lo Ming Liong, Ahli Lembaga Penasihat, DBKK.
Dalam majlis yang sama, Dato’ Sri Mayor telah menyempurnakan sesi penyampaian cenderahati kepada para delegasi TPO for Global Cities – Malaysian Members & Tourism Promotion Organization Secretariat, Busan, Korea. Antaranya ialah wakil daripada Alor Setar, Kedah; Ipoh, Perak; Kampar, Perak; Taiping, Perak; Manjung, Perak; Kuantan, Pahang dan Kota Bharu, Kelantan.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Dr. Maklarin Lakim, Pengarah Sabah Parks; Encik Julinus Jeffrey Jimit, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Tourism Board (STB); Puan Noredah Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Convention Bureau; Encik Mohd Azlan Saleh bin Abdul Salam, Pengerusi Malaysia Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dan Madam Grace Leong, Naib Presiden Sabah Tourist Guide Association (STGA).
Semoga pertemuan ini membuka jalan kepada lebih banyak projek kolaborasi, produk pelancongan baharu dan rangkaian yang lebih kukuh di antara bandar raya di Malaysia dan rakan kongsi antarabangsa.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'