Baling, 9 Julai 2025:: Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah 2025 yang berlangsung dengan penuh semangat dan meriah!

💚 Tahniah kepada para atlet, pegawai dan pengiring yang telah memberikan komitmen terbaik, menjunjung semangat kesukanan dan membawa nama baik kontinjen masing-masing.

💚 Setinggi penghargaan buat urus setia, sukarelawan, pasukan keselamatan, perubatan dan semua pihak yang telah bekerja keras di sebalik tabir bagi memastikan kelancaran kejohanan ini.

💚 Tidak dilupakan juga kepada semua penyumbang, penaja, dan penyokong yang telah memberikan sokongan padu dalam pelbagai bentuk.

Kejohanan ini bukan sekadar tentang menang atau kalah, tetapi tentang semangat perpaduan, kesukanan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh seluruh warga PBT di Kedah.

BERSIH | BAHAGIA | BERDAYA HUNI

#SukanPBTKedah2025#BersamaMenyatu#BalingTuanRumahGemilang#majlisdaerahBaling#KitaJuara#BalingBersihBahagiaBerdayaHuni#mdbaling#majlisdaerahBaling#balingdaerahpelanconganeko#balingberdayahuni#KedahSejahtera#thegreaterkedah#experiencekedah#magnificentbaling#jomcashless#GeligaOfficialSportswear#GeligaXMDB

Skip to content