Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu, En Badrulhisham Bin Hj. Sulaiman Adakan Perbincangan Santai Bersama Northern Gateway Sdn. Bhd. di Hotel Raia,Alor Setar

Alor Setar, 15 Julai 2025 – Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu, En Badrulhisham Bin Hj. Sulaiman telah mengadakan satu sesi perbincangan santai bersama wakil syarikat Northern Gateway Sdn. Bhd. di Hotel Raia, Alor Setar, hari ini.

Sesi tidak formal ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara MPKP dan pihak pemaju utama wilayah utara itu, di samping meneroka peluang kerjasama masa hadapan khususnya dalam aspek pembangunan ekonomi dan infrastruktur di kawasan pentadbiran MPKP.

Perbincangan turut menyentuh beberapa agenda penting termasuk potensi pembangunan kawasan industri strategik, peluang pelaburan baharu, serta inisiatif bersama ke arah menjadikan Kubang Pasu sebagai pintu masuk ekonomi utara yang lebih berdaya saing dan mampan.

Tuan YDP dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada pihak Northern Gateway atas kesediaan mereka untuk terus menyokong agenda pembangunan di Kubang Pasu, terutamanya melibatkan pelan transformasi daerah ke arah bandar pintar serta pembangunan mesra pelabur.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

Skip to content