KUNJUNGAN HORMAT PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN KUMPULAN ARAS NIAGA KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR

25 Jun 2025, Rabu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan Pertubuhan Kebajikan Dan Keselamatan Kumpulan Aras Niaga di Ibu Pejabat MBAS, hari ini. Ia telah dihadiri oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dan Keselamatan Kumpulan Aras Niaga, Dato’ Muhamad Annas Muhammad Anuar serta ahli-ahli persatuan tersebut.
 
Pelbagai isu dan cadangan mengenai tempat letak kereta dan peniaga-peniaga kecil di sekitar Alor Setar telah dibincangkan dalam pertemuan ini. Semoga pertemuan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
 
Skip to content