KURSUS PENYEDIAAN DASAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN PENYELARASAN AKHIR PENILAIAN SEMULA CUKAI TAKSIRAN TAHUN 2025

14 Julai 2025, Isnin – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Hj Abdul Gafar bin Yahya telah dijemput sebagai panel pemerhatian keseluruhan di dalam Kursus Penyediaan Dasar Pihak Berkuasa Tempatan Dan Penyelarasan Akhir Penilaian Semula Cukai Taksiran Tahun 2025 yang diadakan bertempat di Hotel Adya, Langkawi. Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Kerajaan Tempatan bersama Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesihatan Negeri Kedah, YB Mejar (B) Mansor bin Zakaria.
 
Peserta dihadiri oleh Pegawai Undang-Undang, Penolong Pegawai Undang-Undang, Pegawai Penilaian dan Penolong Pegawai Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah. Pegawai Undang-Undang MBAS, Dr Elina binti Mohd dan Pegawai Penilaian MBAS, Pn Mardziah Binti Khalib telah dijemput untuk menyampaikan taklimat berkenaan Prosedur Penilaian Semula 2025 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan pembentangan status penyediaan senarai nilaian baru MBAS.
 
 
Skip to content