OPERASI HALANGAN KAKI LIMA PREMIS
16 Julai 2025, Rabu – Bahagian Penguatkuasaan MBAS dengan kerjasama Unit Rondaan Dan Penyelenggaraan (URDP) telah menjalankan operasi penguatkuasaan ke atas sebuah premis yang telah membina/mendirikan struktur pagar besi kekal di atas kaki lima premis tanpa kebenaran di sekitar pusat bandar Alor Setar.
Dalam operasi tersebut, struktur pagar besi yang didirikan tersebut didapati telah menyebabkan halangan di laluan pejalan kaki dan mengganggu laluan kaki lima di premis berhampiran. Susulan itu, struktur binaan pagar besi yang terlibat telah dirobohkan dan dialihkan oleh pihak MBAS berikutan pemilik binaan masih enggan mematuhi arahan notis yang dikeluarkan pada 20 Januari 2025 yang lalu.
Pihak MBAS menasihatkan kepada semua pemilik premis perniagaan di dalam kawasan bandar raya Alor Setar supaya tidak sesuka hati membina sebarang binaan kekal yang menyebabkan halangan di mana-mana tempat awam dan perlu akur kepada peraturan sedia ada demi menjaga keharmonian masyarakat setempat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'