PENJAJA JALAN PUTRA PERLU PATUH SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH MBAS.

07 Julai 2025 (Isnin) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah mengadakan satu sesi libat urus bersama wakil-wakil penjaja Jalan Putra bertempat di Dewan Mesyuarat UTC Kedah bagi membincangkan isu dan beberapa permasalahan berbangkit berkaitan penjaja di lokasi tersebut.
 
Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Tuan Setiausaha MBAS, Encik Nasrankamil Bin Noh.
Turut diadakan ialah taklimat khas yang telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja, Puan Nor Shakila Binti Che Ali, yang menyentuh aspek pengurusan serta garis panduan aktiviti penjajaan di kawasan berkenaan.
 
Hasil perbincangan, pihak MBAS telah memutuskan bahawa para penjaja dibenarkan untuk terus menjalankan aktiviti perniagaan di lokasi tersebut dengan syarat-syarat tertentu. Antaranya, penjaja tidak dibenarkan meninggalkan sebarang barang selepas tamat waktu perniagaan, dan mereka juga bertanggungjawab memastikan kawasan perniagaan sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur dan tidak mengganggu laluan awam.
 
 
Skip to content