SESI LIBAT URUS MBAS BERSAMA PENIAGA SUDUT SELERA TAMAN SAGA

15 Julai 2025 (Selasa) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah mengadakan satu sesi libat urus bersama wakil-wakil peniaga Sudut Selera Taman Saga bertempat di Dewan Al-Wafa, MBAS. Sesi ini bertujuan memperkukuhkan komunikasi dua hala serta membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan dan operasi perniagaan di lokasi tersebut.
 
Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran, Encik Mohd Khairuddin Bin Idris, manakala taklimat khas kepada para peniaga telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja, Puan Nor Shakila Binti Che Ali.
 
Perbincangan yang berlangsung secara harmoni ini telah mencapai kata sepakat antara pihak MBAS dan para peniaga, khususnya berkenaan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kelangsungan operasi yang lebih sistematik dan mematuhi piawaian kesihatan serta kebersihan.
 
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Ahli Majlis MBAS, Encik Chuah Chong Yong, bersama-sama Pengarah Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian MBAS yang berkaitan.
 
 
Skip to content