BAZAR LORONG TIMUR (LORONG SEMPIT) BAKAL BERWAJAH BAHARU

17 Julai 2025, Khamis – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya, telah mengadakan satu lawatan tapak ke Bazar Lorong Timur (Lorong Sempit), Jalan Tunku Ibrahim. Lawatan tersebut diadakan bagi meninjau kerja-kerja naik taraf yang sedang dijalankan di kawasan berkenaan.
 
Kerja-kerja menaik taraf Bazar Lorong Timur dijangka siap tidak lama lagi dengan kemajuan semasa telah mencapai 75%, menunjukkan perkembangan yang positif dan kerja-kerja tersebut dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Bazar ini bakal berwajah baharu tidak lama lagi, diharapkan ianya dapat memberi kemudahan lebih baik kepada peniaga dan pengunjung.
 
 
Skip to content