DATUK BANDAR ALOR SETAR TINJAU KEROSAKAN LONGKANG DAN PADANG BOLA SEPAK DI TAMAN BANDAR BARU, POKOK SENA
19 Julai 2025, Pokok Sena – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya telah turun padang bagi meninjau kerosakan longkang di Lorong Temusu 3 dan keadaan padang bola sepak di Taman Bandar Baru, Pokok Sena.
Lawatan ini adalah susulan daripada aduan penduduk setempat yang memohon tindakan pembaikan bagi menangani masalah infrastruktur berkenaan. Pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan mengambil tindakan susulan dengan kerja-kerja pembaikan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penduduk terjamin.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'