KEDAH BERSIH | PROGRAM GOTONG ROYONG ZON 10, TAMAN PKNK, ALOR SETAR
18 Julai 2025, Jumaat – Program Gotong Royong Zon 10 yang telah diadakan bertempat di kawasan Medan Selera Taman PKNK, Jalan Tun Razak pagi tadi. Program ini diadakan melalui inisiatif Ahli Majlis MBAS merangkap Pegawai kawasan Zon 10, En. Amir Ahmad.
Program tersebut turut dihadiri Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya dan ADUN Derga, YB Muhammad Amri Wahab. Aktiviti gotong-royong ini memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan di kawasan Medan Selera PKNK serta persekitaran sekitarnya.
Program tersebut mendapat sambutan yang amat baik dari pelbagai lapisan masyarakat yang bekerjasama dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan Negeri Kedah dalam memastikan negeri Kedah sebagai sebuah negeri yang bersih. Selain Majlis Bandaraya Alor Setar, program tersebut juga telah mendapat kerjasama daripada E-Idaman serta komuniti penduduk dan peniaga Taman PKNK.
Pihak MBAS sentiasa komited dalam memastikan setiap Zon di kawasan-kawasan Ahli-Ahli Majlis MBAS ini sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan bersih. Selain itu, ianya juga sebagai salah satu inisiatif MBAS untuk menyokong kempen kerajaan negeri untuk ke arah Kedah Bersih.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'