MAJLIS PENYERAHAN DEWAN KOMUNITI KAMPUNG TOK KEPAK MERIAH














KODIANG, 20 Julai 2025 β Penduduk Kampung Tok Kepak hari ini melakar sejarah tersendiri apabila Dewan Komuniti baharu di kampung tersebut diserahkan secara rasmi dalam satu majlis perasmian yang berlangsung meriah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Ybhg. Datuk Wira M Noor Azman Bin Taib, yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), agensi-agensi kerajaan serta penduduk setempat.
Dewan Komuniti Kampung Tok Kepak merupakan salah satu projek di bawah inisiatif pembangunan prasarana masyarakat luar bandar yang bertujuan menyediakan ruang serbaguna untuk aktiviti kemasyarakatan, sukan dan perhimpunan penduduk.
Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Setiausaha KPKT menzahirkan rasa gembira melihat komitmen MPKP serta kerjasama erat antara kerajaan persekutuan dan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan pembangunan seimbang sampai ke peringkat kampung.
βDewan ini bukan sahaja menjadi simbol kemajuan prasarana di kawasan luar bandar, malah mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memperkasakan komuniti setempat dengan menyediakan ruang yang kondusif untuk pelbagai aktiviti,β katanya.
Sementara itu, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu menyatakan bahawa Majlis Perbandaran Kubang Pasu sentiasa bersedia menjadi pemudah cara kepada segala usaha pembangunan setempat yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Dengan penyerahan dewan ini, penduduk Kampung Tok Kepak kini memiliki sebuah fasiliti moden yang boleh dimanfaatkan untuk mengadakan pelbagai program komuniti ke arah memperkukuh perpaduan dan kemajuan sosial masyarakat setempat.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1