PROGRAM BRISKWALK V4 | AKTIVITI RIADAH BERJALAN KAKI SEJAUH 5KM BERSAMA DATUK BANDAR ALOR SETAR

16 Julai 2025, Rabu – Program Briskwalk bersama Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya yang betujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga bandar raya Alor Setar telah memasuki edisi keempat dan penganjuran kali ini melibatkan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah (MSN).
 
Program Briskwalk V4 kali ini bermula dari perkarangan pejabat Majlis Sukan Negeri Kedah, Kompleks Muazam Shah (Kompleks Hijau Kuning) berjalan kaki sejauh 5 kilometer merentasi tempat-tempat menarik seperti Seberang Perak, Tanjung Chali, persisiran Sungai Kedah dan Tongkang Yard.
 
Turut serta dalam program Briskwalk V4 ialah Pengerusi Pekan Rabu Alor Setar, En. Shahrizal Zolkeple, pegawai-pegawai MBAS, Ahli-Ahli Majlis MBAS, Majlis Sukan Negeri Kedah, Alor Setar Jogging Club, pelajar-pelajar sekolah serta penduduk setempat.
 
Pihak MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PDRM dan Penguatkuasa MBAS yang telah menjaga keselamatan laluan para peserta sepanjang program berlangsung.
 
Skip to content