13 Julai 2025 – KHTP : PBT Taman Perindustrian Hi-Tech kulim (PBT TPHTK) telah mengadakan Program Kacau Bubur Asyura yang merupakan tradisi masyarakat Islam Malaysia setiap tahun sempena menyambut Bulan Muharram, terutama pada Hari Asyura (10 Muharram) yang telah berlangsung di perkarangan Pejabat PBT TPHTK, yang bermula seawal jam 8:00 pagi, hari ini.

Program ini melibatkan warga kerja PBT TPHTK, ahli-ahli majlis, jabatan dan agensi dalam kawasan pentadbiran PBT TPHTK juga persatuan serta komuniti penduduk di dalam KHTP. Sebanyak 9 kawah disediakan oleh PBT TPHTK dan para peserta dibahagikan kepada 9 Kumpulan. Jabatan dan agensi yang terlibat termasuklah Balai Polis Hi-Tech, Balai Bomba Hi-Tech, KTPC, Jabatan Alam Sekitar, SWCorp dan E-Idaman, di mana setiap agensi ini digabungkan bersama persatuan/ komuniti penduduk yang turut serta, antaranya Komuniti penduduk Kulim Perdana, Surau Al-Imam Syafie KTC 1, Surau Al-Ansar KTC 2, Surau Ar-Rahman KTC3, Komuniti penduduk MAsjid Al-Munawwarah KTC4, Persatuan Penduduk Kulim Utama 1 dan Persatuan Penduduk Kulim Golf & Country Resort.

Yang Dipertua, Yang Berbahagia Puan Sunita binti Abdul Aziz turut menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta dan mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, daripada penyediaan bahan, memasak hingga ke agihan. Program seperti ini bukan sahaja menghidupkan suasana bulan Asyura, malah menjadi medan mempererat ukhuwah sesama peserta yang terlibat. Semangat gotong-royong dan kerjasama yang erat jelas terpancar apabila seluruh peserta bersatu hati berganding bahu menyediakan bahan, mengacau bubur Asyura dalam kawah yang besar dan mengagihkan bubur semuanya dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan saling membantu. Isyarat kerjasama ini bukan sekadar menyemai bubur ke dalam kawah, sebaliknya ia menyemai nilai perpaduan, memperkukuh silaturrahim dan menunjukkan bahawa apabila kita bersama, segala beban terasa ringan.

Terima kasih semua!

Skip to content