






23 Julai 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) menerima kunjungan rasmi lawatan dari Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), SUK Kedah yang diketuai oleh Puan Balkhis binti Abu Bakar, Pengarah BTMK.
Ketibaan delegasi telah disambut oleh Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK, diikuti dengan taklimat khas mengenai peranan dan fungsi Kulim Intelligent Command Centre (KICC) yang disampaikan oleh Gs.Ts. Mohammad Daniel bin Shukor, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Khidmat Pengurusan.
Seterusnya, delegasi dibawa melawat ke bilik operasi KICC bagi melihat dengan lebih dekat kemudahan, sistem pemantauan, serta infrastruktur pintar yang digunakan dalam merealisasikan aspirasi bandar pintar di Kulim.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan kerjasama digital serta berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan teknologi maklumat dan transformasi digital PBT.
Semoga jalinan kerjasama strategik ini terus memperkasa ekosistem digital Negeri Kedah!