




24 Julai 2025 – Kelab Kebajikan dan Sukan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menganjurkan Program Memasak Bubur Asyura yang berlangsung di Surau Az-Zuhud MPKK. Program tahunan ini bertujuan untuk memupuk semangat gotong-royong dalam kalangan warga MPKK serta memelihara tradisi memasak Bubur Asyura yang merupakan amalan dalam kalangan umat Islam.
Warga kerja MPKK dan ahli-ahli PUSPANITA MPKK turut bersama-sama turun padang, menyumbang tenaga dalam menyediakan Bubur Asyura. Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama anggota, tetapi juga memberikan peluang untuk berkongsi rezeki bersama.
Turut hadir dalam program ini, YBhg. Dato’ Hj Elmi Bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK; YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki, Pengerusi PUSPANITA MPKK.
Semoga tradisi ini dapat diteruskan dan memberikan keberkatan kepada semua yang terlibat. Terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga dan sokongan dalam menjayakan program ini.