LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA KE JALAN-JALAN PERSEKUTUAN DI ALOR SETAR
Alor Setar, 26 Julai 2025 – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim, telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa Jalan Persekutuan di bandar raya Alor Setar bagi meninjau kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan oleh syarikat konsesi THB Maintenance Sdn. Bhd. di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kota Setar.
Beliau diiringi Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Dato’ Haji Muhammad Yusoff@Munir Haji Zakaria, Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya, dan Tuan Jurutera Daerah JKR Kota Setar, Ir. Isnil Badril Ismail.
Datuk Seri KSU telah meninjau secara terperinci pelbagai kerja utama yang melibatkan skop kerja seharian seperti pembaikan “pot hole”, kitaran pemotongan bulanan rumput dan pembersihan longkang. Pelbagai isu dan cadangan telah dibincangkan dalam lawatan ini bagi mengambil langkah-langkah penambahbaikan kualiti kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah pegawai-pegawai MBAS, JKR Kota Setar, THB Maintenance Sdn. Bhd. serta pegawai-pegawai terlibat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'