OPS KETEGAQ CUKAI PINTU

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) melalui Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan melaksanakan Operasi Waran Tahanan (Sita Harta Alih) ke atas pemilik yang gagal menjelaskan tunggakan cukai pintu dalam jangka masa yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Oleh hal yang demikian, MPSPK menggesa semua pemilik premis agar melunaskan tunggakan cukai pintu dengan segera bagi mengelakkan sebarang tindakan waran tahanan (sita harta alih) diambil.

MPSPK juga menggesa semua pemilik premis agar menunaikan kewajipan mereka dengan melaksanakan tanggungjawab menjelaskan tunggakan cukai pintu yang masih belum dijelaskan. Sebagai pemilik berdaftar, adalah menjadi tanggungjawab undang-undang dan moral untuk memastikan cukai pintu dilunaskan tepat pada masanya demi kelangsungan perkhidmatan serta kemudahan awam yang disediakan oleh pihak majlis.

Jadilah pembayar cukai yang bertanggungjawab. Hasil kutipan cukai digunakan untuk penyelenggaraan infrastruktur, kemudahan awam dan kesejahteraan komuniti.

Tindakan anda hari ini membawa manfaat kepada seluruh masyarakat.

‘ELAKKAN TUNGGAKAN, ELAKKAN SITAAN’

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

04-429 6666 (sambungan ke Bahagian Hasil)!

Skip to content