TERIMA KASIH EN. NASRANKAMIL BIN NOH & SELAMAT MAJU JAYA DI TEMPAT BAHARU.

Alor Setar, 27 Julai 2025 (Ahad) – Majlis Lambaian Kasih yang penuh bermakna telah diadakan bagi menghormati En. Nasrankamil bin Noh, yang telah berkhidmat sebagai Tuan Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar berlangsung di Dewan Besar As-Sakinah Tingkat 7, Menara MBAS.
 
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya, Ahli-Ahli Majlis MBAS, Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta seluruh kakitangan MBAS.
 
En. Nasrankamil bin Noh telah memulakan tugas beliau di Majlis Bandaraya Alor Setar sejak Mei 2020 dan telah melaksanakan tugas dengan penuh komitmen hingga 27 Julai 2025.
 
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah memainkan peranan yang penting selaku pengurusan tertinggi MBAS dalam memastikan kelancaran urusan pentadbiran yang memberi manfaat kepada masyarakat serta kemajuan bandar raya Alor Setar.
 
Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis dan seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Alor Setar ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Nasrankamil bin Noh atas perkhidmatan beliau. Semoga beliau terus berjaya dalam perkhidmatan sebagai Pegawai Daerah Pokok Sena yang akan berkuat kuasa pada 28 Julai 2025 di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena.
 
JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG
 
Skip to content