PEMAKLUMAN
JADUAL KAUNTER BERGERAK MPSPK – KUTIPAN CUKAI PINTU PENGGAL 2/2025
Makluman kepada penduduk Sungai Petani dan sekitarnya
Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) akan menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak bagi Kutipan Cukai Pintu Penggal 2/2025 seperti ketetapan berikut :
Hari & Tarikh :
- Jumaat, 01 Ogos 2025
- Sabtu, 02 Ogos 2025
Lokasi : Pasar Raya Parkson, Taman Sejati, Sungai Petani
Masa : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Kemudahan Bayaran – Bagi memudahkan urusan para pelanggan, pelbagai kemudahan bayaran tanpa tunai turut disediakan secara lebih pantas dan tanpa tunai. Pelanggan boleh membuat bayaran menggunakan pelbagai saluran digital termasuk :
- Kad Kredit / Kad Debit
- AMEX)
- eWallet seperti Touch ‘n Go (TnG) & Boost
- Space MPSPK
Rebutlah peluang ini untuk selesaikan urusan bayaran cukai pintu anda dengan mudah, cepat dan tanpa tunai!
Tidak perlu lagi bersesak atau beratur panjang di pejabat. Manfaatkan kemudahan kaunter bergerak ini yang kini hadir berhampiran kawasan anda!
