PEMAKLUMAN
MAKLUMAN: TARIKH AKHIR BAYARAN CUKAI PINTU
Kepada semua pelanggan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah yang dihormati, dimaklumkan bahawa tarikh akhir bayaran cukai pintu bagi setiap tahun adalah seperti berikut:
Penggal Pertama (Januari – Jun) : Tarikh akhir bayaran ialah 28/29 Februari
Penggal Kedua (Julai – Disember) : Tarikh akhir bayaran ialah 31 Ogos
Sekiranya bayaran cukai pintu tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, Fi Borang E sebanyak RM20.00 akan dikenakan.
Namun, permohonan pengurangan Fi Borang E boleh dibuat tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Pemilik berdaftar harta (atas nama sendiri)
Tunggakan cukai pintu telah dikeluarkan Fi Borang E
Tiada ansuran tertunggak (jika pernah diberi jadual ansuran)
Tempoh kelulusan (7 hari bekerja)
Ayuh warga Sungai Petani ![]()
Jangan tunggu saat akhir!! Selesaikan cukai pintu anda sebelum tarikh yang telah dinyatakan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
04-429 6666 samb. 6612
Whatsapp: 013-450 6655


