KUNJUNGAN HORMAT ILAM NORTERN CHAPTER (ILAMNC) KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
Alor Setar, 7 Ogos 2025 (Khamis) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan ILAM Nortern Chapter (ILAMNC), di Ibu Pejabat MBAS, hari ini.
Antara intipati pertemuan tersebut membincangkan corak pembangunan landskap di bandar raya Alor Setar. Pelbagai percambahan ilmu dikongsi bersama di dalam sesi pertemuan tersebut. Timbalan Pengerusi ILAMNC, LAr. Ahmad Zamil Zakaria turut menyahut cadangan YBhg Datuk Bandar untuk berkolaborasi bagi menjayakan Hari Landskap Bandar Raya Alor Setar yang bakal dianjurkan pada Disember 2025 nanti.
Turut hadir bersama di dalam sesi ramah mesra ini adalah LAr. Muhamad Shafiq Zulkifli, Lar. Mohd Syukri Mohd Ariffin, Lar. Karwina Abu Bakar dan Ketua Bahagian Landskap & Rekreasi, MBAS, En. Mohd Faizal Abu Bakar.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'