LUKISAN MURAL CERIAKAN BANDAR, TARIK PELANCONG KE KEDAH

Alor Setar, 7 Ogos 2025 (Khamis) – Usaha menceriakan kawasan bandar dengan lukisan mural mampu menjadi tarikan pelancongan baharu di Kedah, selari dengan penganjuran Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025.
 
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Dr Nadzman Mustaffa berkata, inisiatif seperti yang dilakukan oleh Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) wajar dipuji kerana berjaya menukar kawasan pembuangan sampah kepada ruang seni yang bersih, menarik dan memberi impak positif kepada komuniti setempat.
 
“Saya berharap agar lebih banyak penglibatan pihak swasta dan NGO berganding bahu merealisasikan tempat-tempat sebegini dengan lukisan-lukisan mural agar keceriaan di suatu tempat itu bersih dan menarik.
 
‎”Saya tertarik apabila inisiatif ini di ambil bagi mencantikkan kawasan kejiranan khususnya di Bandaraya Alor Setar ini dan tindakan ini wajar di ambil perhatian oleh semua pihak untuk menukarkan suatu kawasan yang tidak cantik atau kotor menjadi kawasan yang cantik dan dapat menarik minat orang ramai untuk berkunjung.
 
‎”Memandangkan Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 yang diadakan tahun ini secara tidak langsung menyediakan lebih banyak mural ini untuk menarik para pelancong dapat melihat bakat-bakat seni mural yang kreatif oleh orang-orang Kedah,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Projek Eco Green Initiative di Lorong Keriang, Kampung Alor Melong. Turut hadir, ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab; Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBAS, Afizudin Dato’ Paduka Mohd Saad yang mewakili Datuk Bandar Alor Setar, Pengetua KSAH, Shamsulbadri Ishak; wakil Pengarah SWCorp Negeri Kedah, Azahana Che Ghazali; Assistant General Manager Nippon Paint Malaysia, Lye Jeng Qiang; YDP PIBG KSAH; Taqiuddin bin Mad Arshad; MKK Kg Alor Melong, Hj Othman bin Mansur; Imam Masjid Al-Irfan Derga; Tuan Haji Mansor Abdul Latif serta guru-guru, pelajar-pelajar sekolah dan wakil-wakil agensi yang terlibat.
Lorong Keriang, Kampung Alor Melong, kini dijangka menjadi salah satu destinasi tumpuan yang bakal menarik pelancong sempena Tahun Melawat Kedah 2025 dan kempen Mai Singgah Alor Setar Lagi.
 
Liputan Warta MBAS di Lukisan Mural Lorong Keriang, Kampung Alor Melong :
 
Skip to content