OPERASI BERSEPADU KEBERSIHAN DAN LESEN MBAS, 15 KOMPAUN DIKELUARKAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN
Alor Setar, 6 Ogos 2025 (Rabu) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Inspektorat dan Bahagian Penguatkuasaan telah melaksanakan satu Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kebersihan dan Lesen Premis di sekitar Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar. Operasi ini dijalankan bagi memastikan semua premis perniagaan mempunyai lesen MBAS serta tahap kebersihan yang ditetapkan.
Sebanyak lapan (
buah premis telah diperiksa dalam operasi ini, dan hasil pemeriksaan, MBAS telah mengeluarkan lima belas (15) kompaun atas pelbagai kesalahan iaitu 1 kompaun bagi kesalahan tiada perangkap minyak di sinki, 8 kompaun tiada lesen MBAS, 3 kompaun mempamerkan papan tanda iklan tanpa kebenaran MBAS dan 3 kompaun bagi kesalahan tidak menyediakan tong sampah dengan sempurna (tidak bertutup) semasa menjalankan perniagaan.

Â
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, pemilik premis perniagaan dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Â
Â
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'