LAWATAN TFST DI TAMAN PALMA, POKOK SENA

Pokok Sena, 9 Ogos 2025 (Pokok Sena) – YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri KPKT turun padang bersama pasukan Task Force Perumahan Swasta Sakit, Lewat dan Terbengkalai (TFST) meninjau status projek perumahan di Taman Palma, Pokok Sena, Kedah yang berdepan kelewatan penyiapan.
 
Kelewatan ini berpunca daripada kerja Horizontal Directional Drilling (HDD), pemasangan kabel elektrik dan peralatan pencawang yang masih belum dimulakan di Jalan Pokok Sena. Ia turut menjejaskan tempoh siap kerja-kerja penurapan jalan utama dan dalaman serta pemeriksaan sistem pembetungan.
 
Berdasarkan lawatan tersebut, projek ini berstatus SAKIT. Pemaju menjangkakan perakuan CCC dapat diperoleh pada Disember 2025.
 
KPKT melalui pasukan TFST yang dipengerusikan oleh YB Datuk komited memastikan projek ini dapat disiapkan demi manfaat pembeli dan komuniti setempat.
 
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBAS, En. Azhan Ramli serta pegawai, semua agensi teknikal dan agensi pembekal utiliti.
 
 
Skip to content