05 Ogos 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Negeri Kedah, Puan Nazlizan Abdullah.

Kunjungan telah disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK serta Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK.

Sepanjang kunjungan, delegasi turut dibawa melawat ke Bilik Kulim Intelligent Command Centre (KICC) bagi melihat inisiatif pendigitalan dan usaha pemantauan bandar pintar yang sedang giat dilaksanakan oleh MPKK.

MPKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak MIDA untuk hadir. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dan membuka lebih banyak peluang kemajuan, ke arah menjadikan Kulim sebuah bandar pelaburan yang progresif dan mampan.

Klik untuk gambar sekitar program

#MPKK

#MIDA

#KulimSmartCity

#BandarPintar

#KunjunganHormat

#KICC

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content