KUNJUNGAN KOLEKTIF BIGGY KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR

Alor Setar, 11 Ogos 2025 (Isnin) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan agensi kreatif Kolektif Biggy di Ibu Pejabat MBAS, kelmarin. Ia telah dihadiri En. Azad Ashraf, En. Ainol Zulkarnain , En. Daniel Halis, En. Marni Chee dan En. Fahmi Zakaria.
 
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan penganjuran acara tahunan yang meraikan semangat Malaysia, iaitu Keretapi Sarong 2025 (Sungai Petani). Acara ini akan diadakan pada 13 September 2025, sempena Hari Malaysia, untuk meraikan perpaduan rakyat melalui pemakaian sarong.
 
 
Skip to content