PEMAKLUMAN
KAUNTER VAN BERGERAK CUKAI PINTU MPSPK
Makluman kepada semua penduduk Sungai Petani dan sekitarnya
Jangan lepaskan peluang untuk selesaikan urusan bayaran CUKAI PINTU anda dengan mudah di lokasi berhampiran!
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) akan menyediakan perkhidmatan kaunter van bergerak bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran cukai tanpa perlu ke kaunter utama!
LOKASI : Pasa Raya Mydin, Taman Batik, Sungai Petani.
TARIKH : Jumaat & Sabtu, 22 – 23 Ogos 2025
MASA OPERASI : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
CARA BAYARAN YANG DITERIMA:
- Kad Kredit / Debit
- AMEX
- e-Wallet: Touch ‘n Go (TNG) & Boost
PERINGATAN: Semua pelanggan dinasihatkan supaya mengaktifkan kad debit / kad kredit / perbankan online terlebih dahulu bagi memudahkan urusan pembayaran.
Jom manfaatkan kemudahan ini — cepat, mudah dan tanpa tunai!
MPSPK komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.
