KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) KEDAH KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
Alor Setar, 20 Ogos 2025 (Rabu) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kedah, di Ibu Pejabat MBAS, kelmarin.
Ia telah dihadiri Pengarah MARA Negeri Kedah, En Rizal Effendi bin Razali; Timbalan Pengarah Pembangunan MARA Kedah, En Shaiful Bahrin bin Md Salleh; Ketua Unit PUSMA MARA Kedah, En Fauzi bin Md Fadzil serta Ketua Unit Infrastruktur Komersial MARA Kedah, En Zainol bin Abdullah.
Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut bagi mengukuhkan lagi hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Tuan Setiausaha MBAS, En. Mohamad Shahuri Mohamad Norlin.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'