OPERASI PEMERIKSAAN KEBERSIHAN DAN LESEN MEDAN SELERA | 7 KOMPAUN DIKELUARKAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN
Alor Setar, 20 Ogos 2025 (Rabu) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Inspektorat Kesihatan Persekitaran dan Bahagian Penguatkuasaan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar telah menjalankan satu Operasi Pemeriksaan Kebersihan dan Lesen Peniaga di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas 5 premis di sekitar lokasi berkenaan, pihak MBAS telah mengeluarkan tujuh (7) kompaun atas pelbagai kesalahan iaitu 4 kompaun bagi kesalahan tiada lesen MBAS, 1 kompaun atas kegagalan memasang perangkap minyak, 1 kompaun atas kesalahan melepaskan sisa buangan ke dalam longkang serta 1 kompaun atas kesalahan tong sampah tidak bertutup semasa menjalankan perniagaan.
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, semua peniaga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'