





Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) melalui Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan serahan notis serta pemantauan pemasangan Jalur Gemilang di premis-premis sekitar Kulim.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha bersama bagi menyemarakkan semangat patriotisme sempena bulan kebangsaan. Jalur Gemilang bukan sekadar bendera, tetapi lambang perpaduan, maruah, dan kebanggaan negara.
Kepada semua pemilik premis:
Jangan lupa untuk memasang dan mempamerkan Jalur Gemilang di premis masing-masing. Sama-sama kita hargai dan raikan bulan kemerdekaan dengan penuh semangat cintakan tanah air.
Mari kita jadikan Kulim sebuah bandar yang penuh warna-warni dengan kibaran Jalur Gemilang, tanda kasih dan setia kita kepada Malaysia.
Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Merdeka!