OPERASI BERSEPADU MyOPS | 25 KOMPAUN DIKELUARKAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

Alor Setar, 20 Ogos 2025 (Rabu) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) terus komited dalam memastikan setiap pemilik premis perniagaan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Menerusi usaha itu, satu Operasi Bersepadu MyOPS telah dijalankan baru-baru ini di sekitar Jalan Pumpong hingga ke Kepala Batas bagi menilai tahap pematuhan pemilik premis perniagaan bandar raya ini.
 
Operasi MyOPS melibatkan seramai 45 anggota MBAS melalui Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kewangan, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Audit Dalam.
 
Dalam operasi berkenaan, 21 buah premis telah diperiksa dan hasil pemeriksaan, sebanyak 25 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen, memasang iklan tanpa lesen, tidak menyediakan tong sampah yang sempurna (bertutup), melepaskan sisa buangan terus ke dalam longkang, serta kegagalan pekerja menjalani pemeriksaan kesihatan wajib (suntikan typhoid).
 
Operasi pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, semua pemilik premis perniagaan dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
 
Skip to content